Terimalah sebuah karangan autobografi ala2 SPM dari saya...
Saya ada sebuah laptop jenama nye ialah aCer Aspire 4736. Saya amat menyayangi
nya dan hampir 3 tahun beliau setia bersama saya. Walo pelbagai masalah dan halangan
yang menimpa dalam perhubungan kami termasuk bateri beliau yang 'kong' dan diserang
virus yang tah ape2, saya masih sanggup perhabiskan ongkos hantar ke kedai untuk
membaiki beliau. Bak kata orang, sesuatu yang pertama kali yang kite pernah dapat
biasanya punyai 'sentimental value ' especially dari orang yang kite sayang * dari mak abah
saya...
Sejak due menjak ini beliau sering bekelakuan pelik....pelik macam mane eh?
Kadang2 saya anggap laptop saya ni magic sebab die suke off dengan sendiri tanpa tekan
shutdown button. Saya tahu die mungkin ada penyakit dan cuma saya masih belum boleh
sah kan die kritikal ke tak. Saya sendiri masih takut mmbawa beliau b'jumpa dengan
doktor pakar, risau jika saya mungkin akan berpisah dengan beliau atau beliau mungkin
akan meninggalkan saya...sedih tak??
Sebenarnnya ada sebab lain kenapa saya menggelarkan beliau magic..Pada kebiasaannya
beliau akan berkelakuan ini di saat saya hampir berjam-jam lama nya khusyuk menelaah
post2 dan comments di facebook, atau pun gosip2 artis yang saya sendiri tahu akan
hukumnya mengadap benda yang 'dunia' ini...tapi beliau tidak pulak meng'off kan diri
beliau di kala saya berjam-jam menyiapkan assigment mahupun slide presentation..tak pon
dikala saya menunggu waktu untuk ke kelas, biasanya saya akan mengisi masa lapang
dengan online, sedang- sedang saya khusyuk mengadap benda alah tu, tappp! ..gelap der!
umpama beliau ingin beritahu saya bahawa "udah ler tu, ghentikanlah...nanti lambat u gi
kelas"...romantik kan? keh3 :)
Selagi mana die berkelakuan begini dikala aku lalai, aku rase beliau memang betul2
berguna..tapi kalo dah sampai kritikal, memang saya akan menghantar beliau ke klinik
berhampiran...terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk post entry baru
hari ini..peace!!
No comments:
Post a Comment