Thursday 24 January 2013

Practical training : ok ke tak??


Assalammuaalaikum w.b.t....

Buat sahabat-sahabat atau adik-adik yang bakal berpraktikal (Latihan Industri/LI) khususnya yang sedang memilih berpraktikal di firma-firma audit (accountancy) , let's me share some experiences. Who knows, it may give  a lil bit overview especially in those who first kan. Pentingnya LI ini untuk beri pendedahan dan latih u'olls dengan alam pekerjaan, bagaimana u'olls practise attitude yang baik dan beri komitmen yang tinggi kepada syarikat biasanya selama 6 bulan (bergantung kepada program bawah Universiti masing-masing). Untung nasib korang boleh diserap terus untuk bekerja kerana mempunyai ciri-ciri pekerja yang bagus.

~ ihsan google ~

Ada interview ke tak?? Ini bergantung kepada mana-mana audit firm tapi bukan semua. Biasanya audit firms yang besar- besar and established yang akan adakan interview untuk ambil student praktikal. Ada firma yang hanya memerlukan u'olls hantar resume kepada mereka. Pastikan u'olls pamerkan kesungguhan u'olls dalam menyediakan resume mengikut format dan maklumat diri anda yang betul. 

U'olls may begin to choose the audit firm that u'olls rasa yang u'olls akan ok when u'olls through it. 'OK' here doesn't means yang u'olls boleh bersenang-lenang masuk kerja lewat atau rehat sesuka hati. U'olls boleh berbincang dengan lecturer mintak pendapat mereka ataupun boleh je ngendeng-ngendeng dekat akak-akak atau abang-abang senior yang pernah attend. I'm sure they will share their previous experience and they will suggest either the firms is ok or not unless diorang memang nak bertindak zolim dekat u'olls dengan beritahu tempat praktikal diorang ok walopon sebenarnya tak ok. haha 3:)

U'olls boleh consider tempat praktikal tu ok bila:

  • Jenis kerja yang diberi sepadan dengan pengetahuan dengan kebolehupayaan u'olls yang baru mula-mula nak belajar ni kan. Kerja yang diberi dalam bentuk berperingkat-peringkat sehingga korang dah mampu handle sepenuhnya kerja yang diberi. Bukannya hari-hari asyik suruh korang photocopy dokumen, susun fail dan paling teruk buli u'olls suruh buatkan air.
  • Elaun yang berpatutan. Sila abaikan ini bagi yang bukan bermata duitan. Hee~
  • Suasana kerja yang kondusif dan staff yang boleh di bawa berbincang apabila berurusan. Bagi yang Muslim korang kena (wajib!) ambil tahu yang tempat praktikal tersebut ada atau tidak menyediakan tempat untuk korang solat atau tidak. 
Bagi yang memilih untuk berpraktikal di firma audit, u'olls kena faham skop kerja auditor yang perlu mengaudit akaun-akaun dan maklumat syarikat klien setelah klien menutup akaun mereka biasanya pada hujung tahun. Bagi firma audit yang besaiz kecil, klien-klien mereka banyak terdiri daripada syarikat-syarikat dorman (kecil dan kurang aktif dalam aktiviti syarikat) dan hanya beberapa klien daripada syarikat-syarikat besar. Berlainan pula dengan firma audit yang bersaiz sederhana, klien mereka banyak datang daripada syarikat- syarikat besar. Nama pun syarikat besar, so akaun pon 'besar-besar' lah kan, means banyak, melibatkan jumlah amount yang besar-besar dan kadangkala rumit. 

~ ihsan google ~


Untuk u'olls yang tak nak rasa beban kerja yang terlalu banyak dan kurang pressure nya, u'olls boleh lah pilih audit firm yang kecil ni. Dan bagi yang sukakan adventure dalam alam pekerjaan, u'olls boleh ke firma audit yang sederhana. U'olls akan rasa lebih aktif kerana banyak melakukan kerja-kerja luar termasuk aktiviti 'stocks-count' dan berjumpa dengan third-party biasanya company secretary. Kenapa banyak kerja luar? Sebab....untuk mengaudit syarikat-syarikat besar biasanya akan melibatkan terlalu banyak dokumen. Auditor biasanya akan menyiapkan kertas kerja mereka di tempat klien sendiri kerana ini tidak akan membebankan klien untuk menghantar semua dokumen yang terlibat ke firma audit. Tugasan auditor juga kan jadi lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan bertanya soalan directly kepada klien.

Untuk mengaudit syarikat besar, biasanya skop tugasan akan diberikan dalam bentuk kumpulan. So, u'olls akan ada team members yang akan bersama-sama bertangungjawab siapkan tugasan tersebut dan akan ada seorang team leaders yang akan assign kan tasks kepada team members. Bagi permulaan untuk praktikal trainee, biasanya u'olls akan dapat tasks yang terlibat bahagian Income Statement, kerana bahagian ni agak kurang rumit dan banyak melibatkan aktiviti vouching. Kalo leader u'olls dah rasa u'olls dah semakin expert, tugasan yang korang dapat akan semakin di 'up' kan level nya mungkin boleh achive critica thinking. Hehe  :D

Rasanya cukup dah kot saya dah share sedikit sebanyak overview tentang practical training berdasarkan pengalaman saya. Lain individu lain pengalamnnya. Pengalaman yang selebihnya anda sendiri boleh dapat semasa u'oll sendiri attend practical training. Saya sendiri pernah di beri tugasan masuk ke ladang ternakan untuk kira lembu (stocks-count) di ladang ternakan Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang (LKPP) and its very ohsem experience.

And if u'olls dah rasa yakin dengan pilihan tempat praktikal, u'olls boleh lah menghubungi pihak syarikat atau firma untuk bertanyakan tentang pengambilan parctical student. Dan sekiranya ada sebarang kekosongan, u'olls perlu mengetahui apa keperluan dan kehendak syarikat yang perlu di ketahui seperti menghantar resume ataupun kena attend interview. Begantung kepada tempat masing-masing.

If u'olls still ada pertanyaan atau pun kemusykilan , jangan segan-segan nak tanya. Peace!!  :D

Wednesday 23 January 2013

Mai sechawenn ! ~


Anda peminum kopi?? Saya pun. Ini adalah fakta menarik yang perlu tahu tentang kopi:




  •  Lagenda mengatakan, Pengembala Ethiopia yang mula-mula perasan tentang caffein apabila mereka melihat kambing mereka muncul menjadi lincah dan menari selepas makan beri kopi.Asalnya, kopi dimakan.

  • Suku kaum Afrika pernah campurkan beri kopi  dengan lemak yang membentuk bola tenaga yang boleh dimakan.

  • Kebangkitan Islam banyak menyumbang kepada populariti kopi. Agama Islam sangat melarang mengambil alkohol (arak), tetapi kopi dianggap sebagai minuman yang dibenarkan. 
  • Hawaii adalah satu-satunya negeri di AS yang di tumbuhi kopi.
  • Pada 1675, Raja England mengharamkan rumah kopi, mendakwa mereka adalah tempat di mana orang bertemu untuk bersubahat terhadap beliau.Tak hairanlah kalau dekat Malaysia sekalipun, kedai kopi memang selalu dijadikan tempat mesyuarat + lepak-lepak kan. hehe :p
  • 70% daripada dunia menggunakan kopi Arabica, yang ringan dan beraroma. Yang selebihnya 30% minum Robusta, yang merasa lebih pahit tetapi mempunyai caffein 50% lebih daripada Arabica.
  • Kopi tumbuh di atas pokok.Mereka boleh membesar sehingga 30 kaki tinggi, tetapi ditanam untuk menjadi sekitar 10 kaki (3 meter) tinggi untuk mudah di petik.

  •     Biji kopi sebenarnya adalah benih di dalam berry merah.

  • Kopi adalah komoditi kedua paling diniagakan di bumi.




  • Setelah dihantar, biji kopi akan panggang sekitar 500F. Selepas beberapa minit, biji kopi akan keluarkan bunyi "pop" dan menjadi dua kali ganda dari saiz biasa.Beberapa minit selepas itu, biji kopi akan "pop" sekali lagi. “Pop” kedua bermakna kacang telah siap di panggang.
  • George Washington mencipta kopi segera. Jangan salah faham, beliau bukan lah  Presiden US tapi meupakan seorang lelaki Belgium yang tinggal di Guatemala dengan nama George Washington sekitar tahun 1906.
  •   Espresso bukanlah jenis biji kopi tertentu, kopi panggang, atau kopi  campuran.Espresso adalah hanya satu cara teknik bagaimana kopi disediakan dengan memancutkan air panas secara tekanan keatas serbuk kopi halus.
  •     Caffein, bagaimana ia berfungsi?Dalam otak anda ada sesuatu yang dipanggil trifosfat dan ia hanya mahu melepak dengan reseptor (reseptor: suatu organ atau sel yang mampu untuk bertindak balas terhadap cahaya, haba, atau rangsangan luaran lain dan menghantar isyarat kepada deria saraf). tertentu.Apabila kedua-dua mendapatkan bersama-sama, anda akan mendapat mengantuk. Dan apabila caffein muncul.ia akan melekat kepada reseptor supaya trifosfat tidak boleh melekat pada reseptor.Pituary kelenjar anda melihat ini dan memberi isyarat kecemasan, jadi ia memberitahu kelenjar adneral untuk menghasilkan adrenalin. Caffein mampu meningkatkan tahap dopamin anda.

Nota kaki: 
Dopamin adalah sejenis pemancar neuro (neutotransmitter). Ia adalah sejenis penyampai mesej secara  kimia yang membantu dalam penghantaran isyarat dalam otak dan lain-lain kawasan penting. Dopamin juga digunakan sebagai ubat. Ia bertindak ke atas sistem saraf simpatetik. Penggunaan dopamin boleh member kesan kepada kadar degupan jantung dan tekanan darah. (Dr Anannya mandal. MD)

AMARAN!!: Pengambilan caffein secara berlebihan akan meningkatkan kadar dopamin dalam badan anda dan seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan anda.
 
Sumber: theoatmeal.coms



Friday 11 January 2013

Sudah mula berdoa untuk ini :D


Assalammualaikum w.b.t...


Doa untuk ape ni?? Nah ni doanya ;




Ameeen ya Rabb..Hanya mengharap yang terbaik  dan boleh lar kalo nak masukkan dalam 

list azam baru 2013  :D