Wednesday 28 December 2011

Anak si pemintal bulu kambing



   Wah-wah, siapa pulak gerangan anak si pemintal bulu kambing ini?? Ingat kan pemerah

 susu kambing je wujud, tapi ade jua pemintal bulu kambing. Den dekat kampung dulu rajin

 jugak tengok ade sorang pakcik tu   duk rajin cukur + trim bulu kambing ni. Yang spesis biri-

biri je lar bukan yang togel tu..heh3. Jika diterjemahkan pemintal bulu kambing dalam 

bahasa arab ini ialah 'al-Ghazzal'. Dapat teka tak sape ni?





    Gelaran ini diberikan kepada seorang ulama serta ahli falsafah Islam terkemuka, Imam al-

Ghazali kerana beliau merupakan anak kepada seorang pemintal bulu kambing. Ada juga

 yang berpendapat gelaran nama beliau di ambil sempena kampung kelahirannnya,' al 

Ghazalah'.


     Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad al-Tusi al-Ghazali, dilahirkan 

di Tus, Parsi, pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 masihi , merupakan dari kalangan

 keluarga yang miskin namun bapanya adalah seorang ahli sufi yang warak. Bapanya sendiri

 bercita-cita tinggi mahu melihat beliau menjadi alim ulama' yang soleh.





     Sepanjang hayat beliau, imam al-Ghazali terkenal sebagai seorang yang kuat daya 

hafalan dan ingatan serta kuat berhujah disamping menguasai pelbagai bidang ilmu 

pengetahuan (fikah, mantiq, usul fiqh, tauhid,ulumul Quran,falsafah). Rasa cinta yang tinggi 

terhadap ilmu pengetahuan membuatkan beliau mengembara dan merantau ke merata 

tempat untuk berguru dengan ulama' yang hidup pada zamannnya. 


    Imam al-Ghazali pernah dilantik sebagai Mahaguru Universiti di Baghdad. Tidak cukup

 dengan belajar dan mengkaji, beliau juga menulis dianggarkan hampir 300 buah buku 

merangkumi bidang-bidang ilmu pengetahuan beliau dan antara hasil karya beliau yang 

terkenal ialah 'Ihya Ulumiddin'. Namun, ketika tentera Moghul menyerang kota Baghdad, 

sebahagian besar hasil tulisannya hangus dibakar oleh tentera Moghul. Hanya 84 buah buku

 hasil tulisan beliau dapat diselamatkan..sangat sedih!!


Berasa sangat teruja mengetahui latar belakang imam al-Ghazali sebagai seorang pencinta ilmu yang hebat, membuatkan rasa diri ini terlalu kerdil lagi jahil, tidak punya kekuatan
mengembara menimba ilmu di muka bumi Allah s.w.t seperti beliau. ~Wassalam~

sumber rujukan: Imam al-Ghazali



Sunday 25 December 2011

Bahang final exam

 

     Alhamdulillah, dah sampai ke penghujung semester 5 pengajian rupenyer, bermakna final

 exam akan menanti kami. Pihak universiti awal-awal lagi dah publish jadual exam dengan 

harapan pelajar-pelajar mereka akan study dengan semangat dari awal. Aku memang berani 

kasi harapan kat pihak universiti bahawa tak sampai lar 15.9% student akan terus buat 

revision setelah dapat jadual exam.hehe.. yang ni memang betoi-betoi semangat.


    Untuk ambik feel semangat final exam, aku memang suke salin semula jadual exam ni,

 bior sedor sket yang exam dah dekat. Kalo tak sampai ke sudah lar ekau bgoyang kaki + 

faceboking + tido  memanjang yo!haha. Lagi syok nyer bile sambut New Year 2012 dengan

 1st paper kan, double celebration tu. Terengganu tak cuti lar time New Year tu nak buat 

guane..



tulisan cakor ayam ni memang payoh nak ubah


    Tapi memang dah jadi tabiat kebanyakan student2 U ni suke study last-last minit. Bile 

tanye, mesti diorang jawab study last-last ni senang sikit, malam ni masuk pale otak, ingat,

 esok terus je keluarkan. Tak payah nak simpan lame-lame.Memang sesuai sangat lah kepada 

yang ada masalah short-term memory ke tak pun yang jenis belajar untuk jawab exam je, 

tapi sure lepas sebulan cuti bile korang soal balik ke soalan-soalan exam tu, confirm da tak

 buleh ingat. Sebab niat belajar tu pon da betoi. hihi..


    Sem kali ni terasa semput sangat nak catch up sume subjek, subjek yang kene ambik

 makin lame makin susah + advance especially subjek accounting .Tak buleh dah nak study

 cap ayam je. Paling koman nak hadap satu chapter pon dekat sejam. Kalau la aku ambik 

risiko study last minit, mau muntah mase exam. Terasa seminggu study week still tak 

cukup..argghh!!


    Dah memang jenis ketahanan untuk study 'cannot more than 1 hour', lagi lar problemo 

kan. 'Penyakit' ni  memang wujud sejak zaman sekolah lagi. Kalo masuk kelas sejam pertama 

je buleh fokus bertahan, the next hour memang dah melayang kepale otak ni. Tak tau lar 

sebab musabab nyer, is it mindset?? Kena buat aktviti lain dulu, tido kejap  ke, tapi 

memang tido la biasanya..hehe, pastu baru buleh start hadap buku semula..gua memang 

tabik spring lar yang buleh stay 2 ke 3 jam ngadap buku je, lagi-lagi yang jenis mengapal 

tu..toink,toink!


     Apa-apa pon aku masih pegang pada prinsip setakat mane usaha yang kite yang sungguh-

sungguh, restu dari guru, InsyaAllah ade hasilnya. Andai diri tak didizinkan untuk berjaya 

mungkin ada hikmah dari Allah, semoga Allah kurniakan kesabaran..kalo ekau malas pastu

 result terok plak kan, jangan nak sedih sangat lar sebab memang patot dapat yang tu. 

Semoga sahabat-sahabat seperjuangan berjaya dalam exam kali ni, especially student 

Degree Accounting sem. 5 UNISZA. jom layan kucing cumil kat bawah ni jap..bagi sedor 

sket..kih3 ~ wassalam~










Sunday 27 November 2011

"Jangan pandang rendah pada sesipapun.."

    


     Tadi den sompat ler scroll inbox emel den, kot-kot lar ade emel dari peminat misteri ke


 hape ke...sah-sah la encik fesbuk menjadi juara penghantar emel terbanyak..skroll punye


 skroll. ade dapat emel dari seorang sahabat yang tak berapa nak kenal, promote business i 


guess..tajuk emel pon da buat den terus nak bukak," jangan pandang rendah pada


 sesiapapun"..nak bace tak? nanti den copy kan ye...tapi kalo tak best jangan ngamuk plak 


ye, sekadar pengajaran..hehe




*************
cik, pernah dengar tak cerita tentang profesor

dan pengayuh sampan?

Kalau tak pernah, jom teruskan bacaan k....

   ....Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang

 sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang

 mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang

 membuat kajian. 


   Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan

 tabung uji kemudian digoyang-goyang.

   Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu 

membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke

 langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

  "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu

 akur dan mula memusingkan sampannya ke arah

pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

       "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

     "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

                    "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. 


"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor 


itu.

   Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, 

Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan

 kepala.


   "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi,

 "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah

 kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.

    Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, 

kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak

 tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan

 nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. 


    Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak

 besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan

 terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor 

itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa

 kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Moral of the story:

    Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita

 pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

 Adakalanya orang yang kita sangka cerdik sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia

 mungkin cerdik sungguh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi

 "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.

*****************

jangan ko ingat ko tu dapat pangkat professor dah teror sangat ye..belum tentu 
mr.prof..teringat satu pribahasa"ikut resmi padi, kian berisi kian 
menunduk"..mungkin satu peringatan buat diri ini yang sedang melalui alam menuntut 
ilmu, andai diri ini semalin pintar, semakin banyak ilmu, jauhilah rasa tinggi diri,
 sombong..InsyaAllah pasti  disegani banyak orang:)

 buat yang tak pernah tengok padi, ni lar pokok padi, yang korang makan nasi hari-hari tu..:)






Thursday 6 October 2011

Amalan Tertolak Kerana Mazmumah...



Allah telah menciptakan 7 malaikat sebelum menciptakan langit & bumi. Kemudian 

ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu- pintu langit. pada setiap pintu itu, malaikat

 pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan manusia tersebut di

 terima dan dapat melalui ke pintu langit   seterusnnya ataupun sebaliknya.


:: Pintu Langit Pertama ::

 Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunya nur seperti cahaya matahari. 

Berkata malaikat penjaga pintu langit " pukullah amalan ini ke muka orang yang 

mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya

 tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya.




:: Pintu Langit Kedua ::

Selepas berjaya melalui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua 

dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. kata malaikat penjaga langit " 

Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia 

berharap agar dengan amalannnya dia mendapat keuntungan didunia".


:: Pintu Langit Ketiga ::

Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat dan puasa. Para malaikat kagum 

melihat amalan tersebut lalu di bawa melintasi langit pertama dan kedua. tetapi di tahan di 

langit ketiga. Malaikat berkata " Allah tidak menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan

 orang yang takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis ramai". 





:: Pintu Langit Keempat ::

Amalan berupa tasbih , solat, puasa, haji, & umrah di bawa malaikat sehingga melepasi 

pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit " Allah memerintahkan supaya amalan

orang yang ujub tidak boleh melintasiku . Dia beramal dengan perasaan ujub dalam

 dirinya". 


:: Pintu Langit Kelima ::

Amalan yang dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit, " Berhenti dan

 buangkan amalan ini kepada muka orang yang mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad

kepada orang yang ilmu dan beramal seperti amalannya".





:: Pintu Langit Keenam ::

Malaikat membawa amalan solat, zakat, puasa, umrah & jihad yang bercahaya seperti bulan

 purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit, " pukullah amalan ini kepada orang yang 

mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan terhadap hamba- hamba-Nya yang 

menghadapi kesusahan".







:: Pintu Langit Ketujuh ::

Berkata malaikat Sum'ah (ingin  mahsyur) : " Aku akan menghalang amalan orang yang riyak

daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukanlah mencari keredhaan Allah tapi 

supaya amalannya disebut-sebut".






:: Ketika Bertemu Allah ::

Kemudian naik malaikat yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat, 

haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir. Amalan ini di bawa malaikat 

penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah. Ketika itu

 Allah berfirman yang bermaksud " Kamu adalah yang bertugas mejaga amalan hamba-Ku ini.

 Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada Ku dengan amalannya.

 Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku".



[sumber: SOLUSI panduan hidup bersyarat]

 Ya Allah ya tuhanku, terasa banyak beban dosa terpikul di bahu ini, banyak manakah amalan kebaikkan ku bakal diterima-Mu jika terasa amalanku bakal terhenti di pintu2 langit mu...Ampunilah dosa-dosaku ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat2 mazmumah dalam mencari hidayah-Mu.....




Friday 26 August 2011

Edisi Ramadhan: tahukah anda??





:: Orang Gila..

apabila kembali waras, mereka tidak wajib menggantikan puasa yang di tinggalkan ketika

 dia tidak waras, sama ada gilanya sekejap atau lama.





:: Wanita...

perlu menggantikan puasanya apabila berada dalam keadaan haid tetapi tidak perlu 

menggantikan solat yang ditinggalkan. Daripada Aishah r.ha, beliau berkata: " kami 

diperintahkan untuk menggantikan puasa, dan kami tidak diperintahkan untuk 

menggantikan solat." (Riawayat al-Bukhari dan Muslim).


:: Orang yang berpuasa...

disunatkan mandi selepas berjunub sebelum terbit fajar supaya bersih bermula dari awal

 pagi. sekiranya dia tidak mandi, puasanya tetap sah kerana berjunub pada malam hari tidak

 membatalkan puasa. seelok-eloknya disegerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan 

solat fardu dengan sengaja.




:: tidak menjadi kesalahan...

jika seseorang melaksanakan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih. Namun lebih

 afdal jika dia mampu  untuk bangun solat malam dan melakukan solat Witir sesudah selesai 

solat-solat sunat lain kemudian bersahur.




:: orang yang sakit...

jika tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkan berbuka puasa. 

Tapi, jika pada waktu sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit pada sebelah tengah

 hari, maka dibolehkan baginya untuk berbuka.

sekiranya pesakit berpuasa dan kemudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka 

kerana keringanan terhadapnya telah hilang.





:: antara perkara yang membatalkan puasa...

seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti mulut, hidung, telinga, faraj dan 

dubur. Memasukkan sesuatu kedalam badan melalui suntikan melalui saluran darah, 

menyuntik di bawah kulit atau ke dalam badan, tidak membatalkan puasa, contohnya, 

suntikan untuk tujuan perubatan membius.Ianya telah disepakati oleh imam empat mazhab.

 Sheikh Dr. Yusuf al-Qadrawi turut memberikan pandangan, benda yang masuk melalui 

suntikan itu tidak masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan perbuatan itu tidak

 menafikan hikmah berpuasa iaitu berlapar dan menahan diri.

Namun, ada sesetengah ulama hari ini mengecualikannya daripada suntikan makanan, iaitu

 jika yang disuntik itu ialah bahan makanan seperti glukosa dan sebagainya, maka batal 

puasa kerana telah mengambil kedudukan seperti makan dan minum.





:: mandi...

pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa oleh 

sebilangan masyarakat, bahkan termasuk dalam perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu 

Bakar r.a, : aku melihat Rasulullah s.a.w di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke 

kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa., kerana dahaga atau  kepanasan." (Riwayat Abu 

Daud).


sumber dan rujukan: Solusi Edisi ke-34


p/s: cik aman milda sdg b'kemas-kemas utk balik kampung..heheh