Wednesday 28 December 2011

Anak si pemintal bulu kambing



   Wah-wah, siapa pulak gerangan anak si pemintal bulu kambing ini?? Ingat kan pemerah

 susu kambing je wujud, tapi ade jua pemintal bulu kambing. Den dekat kampung dulu rajin

 jugak tengok ade sorang pakcik tu   duk rajin cukur + trim bulu kambing ni. Yang spesis biri-

biri je lar bukan yang togel tu..heh3. Jika diterjemahkan pemintal bulu kambing dalam 

bahasa arab ini ialah 'al-Ghazzal'. Dapat teka tak sape ni?





    Gelaran ini diberikan kepada seorang ulama serta ahli falsafah Islam terkemuka, Imam al-

Ghazali kerana beliau merupakan anak kepada seorang pemintal bulu kambing. Ada juga

 yang berpendapat gelaran nama beliau di ambil sempena kampung kelahirannnya,' al 

Ghazalah'.


     Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad al-Tusi al-Ghazali, dilahirkan 

di Tus, Parsi, pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 masihi , merupakan dari kalangan

 keluarga yang miskin namun bapanya adalah seorang ahli sufi yang warak. Bapanya sendiri

 bercita-cita tinggi mahu melihat beliau menjadi alim ulama' yang soleh.





     Sepanjang hayat beliau, imam al-Ghazali terkenal sebagai seorang yang kuat daya 

hafalan dan ingatan serta kuat berhujah disamping menguasai pelbagai bidang ilmu 

pengetahuan (fikah, mantiq, usul fiqh, tauhid,ulumul Quran,falsafah). Rasa cinta yang tinggi 

terhadap ilmu pengetahuan membuatkan beliau mengembara dan merantau ke merata 

tempat untuk berguru dengan ulama' yang hidup pada zamannnya. 


    Imam al-Ghazali pernah dilantik sebagai Mahaguru Universiti di Baghdad. Tidak cukup

 dengan belajar dan mengkaji, beliau juga menulis dianggarkan hampir 300 buah buku 

merangkumi bidang-bidang ilmu pengetahuan beliau dan antara hasil karya beliau yang 

terkenal ialah 'Ihya Ulumiddin'. Namun, ketika tentera Moghul menyerang kota Baghdad, 

sebahagian besar hasil tulisannya hangus dibakar oleh tentera Moghul. Hanya 84 buah buku

 hasil tulisan beliau dapat diselamatkan..sangat sedih!!


Berasa sangat teruja mengetahui latar belakang imam al-Ghazali sebagai seorang pencinta ilmu yang hebat, membuatkan rasa diri ini terlalu kerdil lagi jahil, tidak punya kekuatan
mengembara menimba ilmu di muka bumi Allah s.w.t seperti beliau. ~Wassalam~

sumber rujukan: Imam al-Ghazali



No comments:

Post a Comment