:: Orang Gila..
apabila kembali waras, mereka tidak wajib menggantikan puasa yang di tinggalkan ketika
dia tidak waras, sama ada gilanya sekejap atau lama.
:: Wanita...
perlu menggantikan puasanya apabila berada dalam keadaan haid tetapi tidak perlu
menggantikan solat yang ditinggalkan. Daripada Aishah r.ha, beliau berkata: " kami
diperintahkan untuk menggantikan puasa, dan kami tidak diperintahkan untuk
menggantikan solat." (Riawayat al-Bukhari dan Muslim).
:: Orang yang berpuasa...
disunatkan mandi selepas berjunub sebelum terbit fajar supaya bersih bermula dari awal
pagi. sekiranya dia tidak mandi, puasanya tetap sah kerana berjunub pada malam hari tidak
membatalkan puasa. seelok-eloknya disegerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan
solat fardu dengan sengaja.
:: tidak menjadi kesalahan...
jika seseorang melaksanakan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih. Namun lebih
afdal jika dia mampu untuk bangun solat malam dan melakukan solat Witir sesudah selesai
solat-solat sunat lain kemudian bersahur.
:: orang yang sakit...
jika tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkan berbuka puasa.
Tapi, jika pada waktu sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit pada sebelah tengah
hari, maka dibolehkan baginya untuk berbuka.
sekiranya pesakit berpuasa dan kemudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka
kerana keringanan terhadapnya telah hilang.
:: antara perkara yang membatalkan puasa...
seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti mulut, hidung, telinga, faraj dan
dubur. Memasukkan sesuatu kedalam badan melalui suntikan melalui saluran darah,
menyuntik di bawah kulit atau ke dalam badan, tidak membatalkan puasa, contohnya,
suntikan untuk tujuan perubatan membius.Ianya telah disepakati oleh imam empat mazhab.
Sheikh Dr. Yusuf al-Qadrawi turut memberikan pandangan, benda yang masuk melalui
suntikan itu tidak masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan perbuatan itu tidak
menafikan hikmah berpuasa iaitu berlapar dan menahan diri.
Namun, ada sesetengah ulama hari ini mengecualikannya daripada suntikan makanan, iaitu
jika yang disuntik itu ialah bahan makanan seperti glukosa dan sebagainya, maka batal
puasa kerana telah mengambil kedudukan seperti makan dan minum.
:: mandi...
pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa oleh
sebilangan masyarakat, bahkan termasuk dalam perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu
Bakar r.a, : aku melihat Rasulullah s.a.w di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke
kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa., kerana dahaga atau kepanasan." (Riwayat Abu
Daud).
p/s: cik aman milda sdg b'kemas-kemas utk balik kampung..heheh